|
Idola Fesyen
Wednesday 31 October 2012 | 22:10 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Gaya dramatik EMMA WATSON jadi ikutan.
Bintang kesayangan British ini yang terkenal menerusi karakter Hermione Granger dalam filem Harry Potters semakin menunjukkan kematangannya dalam industri yang penuh cabaran. Dari budak hingusan hingga meniti ke alam remaja, jelitawan, Emma Watson selayaknya digelar pencetus fesyen dalam kalangan remaja kerana gayanya yang dramatik.
Gemar mengenakan pakaian dipenuhi perincian aksesori termasuk bulu, cincin kecil dan batu permata, Emma berjaya menarik perhatian jurugambar ketika melangkah pada acara laluan permaidani merah. Gaya uniknya itu juga menjadi ikutan kepada industri fesyen dalam soal pemasaran. Jarang sekali mengecewakan apabila tampil dalam majlis kasual Emma tetap memukau dalam jaket dan seluar jeans ketatnya walaupun tidak bertumit tinggi.
Ikon fesyen kotemporari KRISTEN STEWART.
Mengekalkan watak Bella yang dimainkan dalam Twillight, bintang muda ini sering kelihatan mengenakan gaun gelap dengan sentuhan fabrik halus yang ada kelebihan gaya misterinya.
Itulah karakter Kristen Stewart yang padan dan meletakkan dirinya sebagai ikon fesyen remaja kerana kebolehannya untuk sentiasa tampil memukau dan unik di mata peminatnya.
Gayanya ringkas ala rock juga selalunya dilengkapi dengan aksesori berani dan garang untuk menambahkan lagi keunikan penampilannya di khalayak ramai. Apabila bersantai, dia gemarkan sesuatu yang ringkas dengan tambahn persalinan gaun pendek serta kasut sarung indah dan selesa. Menariknya, dengan cara gadis dari California itu bergaya dan melabur untuk bahagian kegemarannya saja turut membolehkan anak gadis lain meniru gayanya bahkan kelihatan menarik dan rock.
Magis SELENA GOMEZ.
Bergaya ringkas seiring usianya yang masih muda. Itulah gaya pelakon Wizards of Waverly Place, Selena Gomez yang sentiasa tampil dengan jeans bersama baju-T namun masih nampak comel dan menarik.
Seperti remaja lain, dia juga suka mengenakan gaya ala rock chick dengan seluar jeans koyak di bahagian lutut dan poket dan baju berleher luas untuk nampak seksi serta nakal. Penampilan ringkas itu ditambahkan gaya menerusi padanan aksesori termasuk gelang tangan dan rantai labuh.
Berbeza pula ketika acara rasmi, dia berubah dalam sekelip mata kepada jelitawan menerusi busana mewah hasil kreatif pereka fesyen terkenal termasuk jenama Dolce and Gabbana.
|