|
Congratulations!
Friday 21 December 2012 | 01:44 | 0 Dancing Queen and Prince Says
Semalam adalah hari result PMR keluar. Dan aku begitu excited + takut dengan result yang bakal aku terima. Sebelum aku menerima result PMR aku, cikgu mengumumkan bahawa keputusan PMR di sekolah aku meningkat dari 56 orang tahun lepas naik ke 81 orang tahun ini. Aku berasa sungguh gembira kerana keputusan PMR di sekolah aku tahun ini meningkat. Selepas itu, tiba giliran cikgu untuk menyampaikan keputusan PMR straight A's kepada pelajar-pelajar. Aku berasa sungguh gembira dan jugak sedih kerana pelajar-pelajar yang sebaya dengan aku mendapat keputusan yang begitu cemerlang. Aku sangat bangga dengan diorang semua. Apabila mereka mengambil keputusan PMR mereka di atas pentas bersama ibubapa merea, aku berasa sedih mengenangkan nasib aku :( Alangkah gembiranya jika aku juga sama macam mereka semua. :Mendapat keputusan PMR yang begitu cemerlang. Alangkah gembiranya juga ibu aku jika aku mendapat keputusan yang sebegitu. Cium dan peluk aku di atas pentas di depan orang ramai. Tapi itu semua hanya angan-angan. Hehee :D Tapi walaubagaimanapun, aku bersyukur dengan keputusan PMR yang aku miliki sekarang ini walaupun takde A. Huhuhu :( Hmm, janji aku lulus dah lah. Mak aku pun tak kisah sebab janji lulus. Takde yang failed. :) Hmmm, alhamdulillah :) Tapi adalah jugak perasaan sedih sebab tak dapat satu A pun :( Kalau boleh, dapat satu pun jadilah. Tapi.... apakan daya lah. Hahaa xDD Dah rezeki aku tak dapat A. Terima je lah. Nak buat macam mana kan.... Allah dah tentukan.. :) And aku ucapkan tahniah kepada semua pelajar sekolah aku yang dapat straight A's and aku ucapkan jugak pada kawan-kawan aku yang dapat straight A's! :) Dan juga kepada kawan-kawan aku yang tak dapat straight A's pun tahniah jugak walaupun hanya satu A. Tapi apapun, korang memang terbaik ah! Caiyokk caiyokk! :{PP
|